Others: ♥ ♥ ♥
Introspeksi 2013
Introspeksi? natang pe tu? aku pun taktau pe benda tu. Tapi yang pasti, introspeksi ni program selepas pmr. Biase la kan, lepas pmr kan ada masa panjang. So, supaya kitorg x buat masa dengan perkara yang tak berfaedah kat skolah, dorang pun buat la program tu. Excellent. Masa mula-mula tau ada introspeksi, semua macam tak suka
"introspeksi? eee tak suka lah, mesti bosan kan?"
"introspeksi? wah mesti banyak spotcheck?"
"hah? ada introspeksi? aku redha je"
haha, ayat last skali tu ayat aku. Tak kesah pun actually. Orang len je yang over pehh. Benda bukan teruk pun. Bagi aku, introspeksi tu ok ah gak. Setiap pagi ada solat sunat dhuha berjemaah, pastu ada tadarrus. Sebelum balik sekolah pulak, ada solat zohor berjemaah. Kan bagus tu? Tema kitorg, wanita solehah kekuatan ummah. Haa rare kan? Jarang-jarang dapat jumpa tu wkwkwk.
Aritu, ada lawatan tau. Group aku gi melawat kat rumah orang tua. Group lain ada yang pergi hospital, kraftangan, and airport. Bagi aku, melawat rumah orang tua tu kinda best la. Sayu gak tengok dorang. Kadang-kadang kesian, ada anak-anak yang busy tinggalkan dorang kat sini. Hmm. Mula-mula kitorg gi sana, ada la taklimat sikit-sikit. Then, kitorg kena gi gotong royong. Ade 4 group plk. Group aku gi bersihkan bilik mayat. Haa scary tak? wkwk bukan ada mayat pun. Then, ada persembahan tau untuk menghiburkan hati mereka. Sambil tengok persembahan, pelajar-pelajar ni diarahkan untuk bersweet-sweet dengan orang tua. Ceh, suap makanan je. Then, aku pun gi kat sorang makcik ni. Aku pun suap dia. Actually, memang terliur ah dengan makanan dia tu! Tapi aku tahan je. Telan air liur je hahaha. Aku dah la tak biasa suap orang, tapi nasib baik. Makcik tu tak komen pun pasal suapan aku! hahaha cuma makcik tu makan sikit je, biasalah orang tua kan.
Ada satu hari tu, kitorang ada sukan tau! Best gilaa. Lepas penat bermain, kitorang pun gi la berehat. Para KD cakap nak main game tau. Name game tu SJ Call. Kitorg tertanya-tanya ah, what kind of game is that?! Sepanjang introspeksi ni, kitorang dok dalam masjid tau. Bukan ape, sebab dewan sume nak digunakan. Ok pastu, dia suruh keluarkan sume beg-beg. Konon-kononnya memerlukan ruang yang besar untuk game ni. Then bila beg sume dah takde dalam masjid, dorang lock kitorg. Tutup langsir ape sume ah. Aku dah curiga dah. Ni mesti ada something wrong ni. Rupa-rupanya, ada spotcheck! Ok memang tak terkejut ah, sebab dah agak benda tu akan ada gak. Mase spotcheck tu, memang sume muka macam takut gak ah. ade gak yang takde, yang jenis baik cam aku ni ceh! Mase tu, aku pakai stokin pendek tau. Sebab baru je tukar stokin! Stokin yang biasa aku guna tu basah sebab semalam tu hujan. Memang pehh ah! Mase pengawas spotcheck badan aku tu, ok ah xde pape. Then, dia check stokin. Aku guna la tipu helah SIKIT. Fuhh selamat aku daripada kena tulis nama hahahaha.
Hari-hari seterusnya, ada program memasak, and macam-macam lagi lah (actually lupa). Hmm, last day program ni. Kitorang sume happy! Mase hari last program tu, pengetua kitorang cakap, "Harini last program ni bukan bermakna harini hari last korang sekolah." hahaha macam tau-tau je kitorang memang dah taknak gi sekolah :D Haa tu je cite aku sepanjang 2 minggu program ni berlangsung. Bye, thanks for reading :*
Older Post | Newer Post
|