
|
Disclaimer
Tagboard Credits
| cerita lawak
Jalan TerkangkangDua orang pelajar Kolej Perubatan bersiar -siar kat bandar.Mereka terserempak dengan orang tua jalan terkangkang -kangkang. Pelajar A kata "Orang tua itu tentu menghidap Sindrom Petry," Pelajar B kata "Tak lah,dia menghidap sindrom Zovitzki," Mereka hampir bergaduh pasal hal ni .Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu ?"Mereka bersetuju. Pelajar A :Kami tengok pak cik jalan terkangkang,boleh kami tahu pakcik menghidap penyakit apa? Orang tua : Kamu fikir aku ada penyakit apa? Pelajar A : Saya fikir pak cik menghidap sindrom petry. Pelajar B : Saya pulak fikir pak cik menghidap sindrom Zovitzki. Orang tua : Dua -dua pun bukan.... Pelajar A+B : Habis tuuu?? Orang tua : Emmm,sebenarnya aku nak kentut tadi...tapi terberak pulak dalam seluar ...sebab tu aku jalan terkangkang. HEHEHE -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tragedi di atas jambatan Seorang lelaki berwajah garang sedang menaiki motor Harleynya, ketika dlm perjlnan dia terlihat seorang gadis cantik bergaun panjang sedang berdiri di atas pagar jejambat.Ia menghentikan motornya dan bertanya :"Apa yang sedang kamu lakukan?"Gadis itu menjawab : "Saya ingin bunuh diri..." Mengambil kesempatan ini si lelaki berkata: "Kalau begitu sebelum kamu melompat, berikan saya ciumanmu yang terakhir." Si gadis pun menciumnya dibibir. Setelah ciuman berakhir, si lelaki dengan wajah berseri-seri berkata: "Mengapa kamu ingin bunuh diri? Ciumanmu begitu panas dan menggairahkan. Pasti banyak lelaki yg akan tergila-gila dengan ciumanmu ini." Dengan sedih si gadis menjawab : "Saya ingin bunuh diri kerana ibubapa dan keluarga saya menentang saya berpakaian dan berdandan seperti WANITA....Auwww -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kisah Bakar Bin Suruh Pada suatu hari bapa bakar memintanya untuk ke bandar untuk membeli gula dan roti , dalam perjalanan .... ada rumah yg terbakar . tanpa membuang masa bakar pun berlari untuk melihat keadaan itu , lalu ada seorang ahli bomba bertanya ^^AHLI BOMBA ~ Sapa bakar ?BAKAR ~ Saya ( Dengan selamba menjawab ) #Sebab nama dia bakar AHLI BOMBA ~ Siapa suruh ? BAKAR ~ Bapa saya Dengan tidak semena-mena bakar dan bapa nya terpaksa masuk lokappp Kwang3 -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kisah Tiga Sahabat Dalam 1 kapal terbang,duduklah tiga sahabat.Sahabat itu terdiri dari lain kaum iaitu org indon, malaysia dan inggeris.Tiba-tiba si inggeris ni mengambil dolar america lalu dibuang ke luar kapal terbang.Lalu si indon dan malaysia bertanya kepada si inggeris ni kenapa dia buang dolar ke luar kapal terbang.Si inggeris menjawab di negaranya banyak sangat dolar jadi dia buanglah.Tiba-tiba si indon mengambil sekotak rokok yang masih berisi rokok lalu dilontarnya ke luar kapal terbang.Lalu si inggeris dan malaysia bertanya kepada si indon sebab dia buang rokok ke luar kapal terbang. indon menjawab sebab kat negaranya banyak sangat rokok jadi dia buanglah rokok itu.Tiba-tiba org malaysia ni pula mengangkat si indon ni lalu melontarnya ke luar kapal terbang.Si inggeris terkejut dengan perbuatan org malaysia lalu dia bertanya kepada org malaysia ni pasal apa dia buang si indon ke luar kapal terbang.Org Malaysia menjawab sebab di negaranya banyak sangat orang indon jadi dia buanglah si indon itu -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Bapak yang Baik Tapi Hampeh Pada suatu hari ada seorang bapakyang kaya raya melawat sebuah kampung yang terpencil, ketika ia sedangmemandu keretanya tiba2 melihat seorang ibu tua yang sedang memakanrumput, lalu bapak itu pun turun dari keretanya dan menghampiri ibu itu, lalu ia bertanya... Bapak: Bu, kenapa ibu makan rumput..? Ibu: Saya sangat miskin pak sehingga saya tidak mampu untuk membeli nasi... Bapak: Kalau begitu mari ikut kerumah saya bu! Ibu: Tapi saya ada 7 orang anak pak... Bapak: Tidak apa, ibu bawalah anak2 ibu sekali..! Lalu si ibu dan anak-anaknya naik kedalam kereta menuju ke rumah bapak itu, dan kerana musykil si ibu bertanya lagi... Ibu: Kenapa bapak baik sekali kepada kami..? Bapak: Tiada ada apa-apa bu, kebetulan saja rumput di rumah saya sudah panjang-panjang... Ibu: #$%@*&^$... -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tidak Perasan Pada suatu hari Amni dan adiknya , Hasmirah bersama ibunya , Puan Husna ke kedai bukusemasa Amni sedang memilih buku untuk dibeli dia ternampak buku yg menarik perhatian...selepas Puan Husna dan Hasmirah sudah memilih buku yg hendak dibeli mereka pun menunggu Amni untuk selesai memilih buku , selepas itu mereka pon membayarnya...,di dalam kereta...Ibu : Hasmirah,buku apa yang adik beli tadi? Hasmirah : Adik beli buku Fairy! Ibu : oh ! ibu tidak perasan apa yg adik beli tadi..,Amni beli buku apa tadi? Amni : ......(senyap) Ibu : Amni jawablah mak tanya ni! Amni : .... Ibu : Amni!!(sambil menoleh ke blakag! Ibu : Alamak!! Hasmirah : Kenapa ibu? Ibu : Ibu lupa nak tunggu kakak kamu kat kedai buku tadi! Hasmirah : ~!@#$%^>^&***# P/S : kalau pergi mana-mana mesti ikut mak -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sending msg FAILED Girl: hi Syg..:*Boy: hii honey...(sending failed)Girl: Nape u tak jwb?? :( Boy: I jwb ni syg...(sending failed) Girl: Oo U dh abaikan i ye skang?? :s Boy: Takde lah syg, I selalu ingatkan u :( ..(sending failed) Girl: Ok takpe, Jangan msg dgn I dah pas ni, It's over.. !! :@ Boy: Damn ! Go to hell la you.. :@ (message sent) :O :O -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Cemburu Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab. Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya. Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi. Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi" -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Rokok Seorang pelajar lelaki sedang merokok di sebuah tempat perhentian bas. Tiba2 ada seorang pegawai polis menghampiri anak muda itu.Polis: "Kenapa kamu merokok?"Pelajar: "Kerana saya suka, pak cik."Polis: "Berapa belanja kamu? Satu hari berapa banyak duit kamu bakar utk beli rokok?" Pelajar: "Sekotak rokok berharga RM10.50, pak cik!" Polis: "Kalaulah kamu simpan duit itu setiap hari, pasti kamu dapat beli motor. Tak perlu bersusah-payah menunggu di bas yang sesak ini.." Pelajar: "Boleh saya tanya sama pak cik?" Polis: "Silakan." Pelajar: "Adakah pak cik merokok?" Polis: "Tentu tidak." Pelajar: "Tapi saya tak nampak motor pak cik pun??" Ali & Abu berkhemah di dalam hutan.. Pd malamnya, mereka tidur la dalam khemah mereka.. tgh sy0k2 tido, tiba2 Ali mengejutkan Abu.. Ali: wei abu, bangun cepat bangun ! *Ali: wei abu, bangun cepat bangun !*Ali: bangun wei, cuba kau tgk atas..*Abu: hmm, wah cantiknya bintang2 kt langit tu kan..*Ali: ha'ah mmg cantik, kau tau tak ape maknanya?*Abu: ape maknanya?*Ali: maknanya, khemah kita kena curik la bodo! ==' -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pegang Kuat-2 Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie…Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan) Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat. Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek. Udin lalu ‘merempit’ motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!! Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya. Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye? Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!! Udin: Nenek pegang kat mana? Nenek: pagar rumah. Udin: “$%^&(#…..” -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Teringat lagi ketika kali pertama aku menjumpainya,ternyata dia mempunyai daya tarikan tersendiri yang amat menyerlah diantara semua yang berada di situ,buat aku tertawan dengannya walau untuk kali pertama melihatnya secara dekat.Dan sejak dari saat itu aku meletakkannya di suatu tempat yang istimewa dalam hidup aku.Kemana sahaja aku pergi,sering berdampingan dengannya,sentiasa sepasang.Suka duka,tawa gembira,sentiasa ada dan sentiasa bersama.Panas terik,hujan renyai ku lalui bersamanya.Detik bahagia sentiasa menyelubungi.Walaupun ada yang mencemburui,mahupun ada yang mengata-ngata,aku tak pedulikan semua itu.Sayang aku tetap padanya.Namun,takdir tak selalunya menyebelahi aku.Ku sangka panas sampai ke petang,rupanya mendung di tengahari.Kebelakangan ini dia menunjukkan perubahan yang sedikit demi sedikit menggusarkan aku.Semakin pudar,semakin longgar pertalian yang selama ini wujud diantaranya.Aku tertanya-tanya adakah segala kebahagiaan selama ini akan lenyap begitu sahaja? Ternyata telahan ku benar belaka.Hari itu menjadi hari terakhir aku keluar bersamanya.Apabila semuanya terputus ditengah jalan.Tak ku sangka sungguh segala-segalanya akan berakhir sebegitu rupa.Sedih dan pilu hati ini Tuhan sahaja yang benar-benar tahu.Namun itulah takdir daripadaNya,sesungguhnya Dia Maha Mengetahui,maka aku redha dengan segala ujian perit ini.Mujurlah masih ada kawan-kawan aku yang memberi sokongan kepada aku untuk meneruskan segala sisa hidup tanpanya.Masih terngiang-ngiang di telinga aku akan nasihat yang kawan aku katakan kepada aku iaitu “ko nie where,kan aku dah pesan kat nko,lain kali nak wat pilhan tu biarlah betol-betol.ni tidak,pantang cantik je ko minat,pantang lawa je ko nak.lepas nie ko nilai lah kualiti kasut yang ko nak pakai tue.takdelah terputus di tengah jalan lagi macam itu hari” kata kawan aku kepada aku dengan nada yang agak marah.Begitulah al kisahnya kasut aku yang terputus di tengah jalan ketika aku memakainya tempoh hari.Lagipun…alah,selipar jepun,mana la nak tahan kan ~ -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Seorang pemuda ne hanya ada 70sen semasa itu.lalu pemuda itu singgah di kedai mamak dan mntk air teh mamak : mahu apa..? pemuda :teh air berapa mamak : panas 70sen sejuk 1.20 pemuda : bagi panas 1.. setelah sampai di mejanya...lalu si pemuda itu menhirup air itu sampai habis walaupon tengah panas.. mamak: asal kamu minum panas panas tu.. pemuda : kalau saya tunggu sampai sejuk...x pasal pasal kena bayar 1.20. |